Pages

Sany Char Koew Teow,Penang

10:06 AM

Pulau Pinang syurga makanan,selain dari Laksa ,Nasi Kandar,Mee goreng pata,Mee goreng Sotong. Ni hah, Alam nak story satu warung yang dah lama beroperasi di beberapa cawangan dalam Pulau Pinang.


Dah nama pun bukak banyak cawangan mesti la makanan dimasak itu mendapat sambutan kan.

So here is CharKoewTeow Sany yang glamour  di Penang.

Antara cawangan yang dibuka adalah di Kawasan Bayan Baru dan di Tokong Ular .

Bagi kesedapan dan kepekatan kuah , Alam gemar makan di Bayan Baru tapi dek kerana terlalu ramai orang dan di tambah hujan pulak malam ni kita pun pergi di Tokong Ular.

Rasa tetap sama cuma di Bayan Baru ,juadahnya lebih banyak dari Tokong Ular.
Harga tetap sama.

Oleh sebab hujan , Alam tapau(bungkus) bawak balik sahaja. Almaklum la, Alam ni antibodi lemah sikit.Kena hujan je demam melarat .

Ok,berbalik kepada gerai ni.Sany Char Koew Teow sudah beroperasi melebihi 10tahun di Pulau Pinang.
Berapa review dari kami?
  • Service?  Alam selalunya hanya menunggu makanan sekitar 5-10 minit
  • Harga? Murah Sekitar RM4-6, bergantung makanan yang dipesan.
  • Kesedapan? Memang sedap. 9/10
Banyak2 tempat yang Alam pergi walaupun singgah di CharKoewTeow di Uptown Danau Kota tu.Tidak boleh lawan Char Koew Teow Sany lagi dari segi kepekatan kuah dan rahsia resepi perencah nya.

Ni Alam punya..Nak cuba?

Waze atau Google Map sahaja .Tokong Ular Bayan Lepas.Gerai berdepan dengan jalan utama.Mudah nak cari.

Operasi gerai : seperti di bawah

 
 

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Babab Story