Pages

Akibat Riak di Malam Raya

6:01 PM


Suasana malam tu riuh rendah dengan dentuman bunga api di ruang langit.Ketika Alam tengah menikmati warna warni bunga api  Alam ternampak satu "kelibat" satu lembaga  sedang berdiri di salah 1 tingkat di 1 sudut bangunan sebelah apartment.

Tak berkelip mata ketika Alam cuba mengamati "kelibat" tu...Apa benda tu???

Oleh kerana "kelibat" tu kelihatan amat pelik vizikalnya...Tetiba meremang bulu roma Alam...Ape lagi masuklah Alam kedalam rumah,cepat2 tutup pintu dan tingkap..

Malam raya ni..takkan begitu cepat syaitan terlepas...dalam hati ni berbisik.

Ketika bercerita kepada En Suami ...dia pun keluar melihat benda yang sama.
"Tak bergerak "benda" tu Ma....cepat betulkan "benda" tu keluar beraya , kan baru je umum nampak anak bulan di Televisyen".

Dengan fizikal yang mencuakkan kami...Nampak macam "Tanglung" ataupun "Hantu Penanggal"..Samar2 rambut kerinting besar dan tergantung di depan rumah di apartment tu.

Malam tu kami bersembang di group whatapps family bercerita tentang "benda" tu...kami berdua dah berpakat..Esok..awal pagi nak bagitau kat rumah tu..Ada "kelibat" di situ..

Tiba pagi raya ....

Terpekik Suami didepan rumah selepas mengintai di sudut bangunan "tersebut "...

"Hahahahha.....Ma...meh la tengok cepat!!"..."Apa benda tu ?" kata aku ketika menuju keluar rumah...

"Hareeee betul ...satu ayat tu je keluar"...Hahahah...

Awat la...yang owner rumah tu pergi pacak "benda" tu kat situ....


Tergelak besar kami berdua...Snap besar dan menghantar ke group Whatapps family...


"Mak....itu batang MOP!!!! "....


Malam Raya dah buat entiti bagai...hihihi..

Moral of story...Jangan la jemur batang mop ditengah malam sangkut kat balkoni ya..

Gerun sangat "kelibat" tu..

(''  , )



You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Babab Story