Follow Us @soratemplates

Wednesday, November 1, 2017

SUARA NGILAI DI TELIFON

Kisah benar yang Alam dan rakan sekerja di office alami tengahari Ahad lepas.

Alkisahnya, Alam ingin membuka External hard disc dengan pertolongan Juruteknik IT di talian telifon ..Dek kerana komputer yang ingin dikendalikan berada jauh dari telifon office , Alam pun buka la Speaker untuk memudahkan komunikasi.

Ketika kami berkomunikasi dan berbual tentang komputer dengan tiba2 bunyi macam suara perempuan ketawa dan tiba-tiba "dia" mengilai dengan kuat lebih kurang 2 minit.

Kami yang berada di office ketika itu seramai 7 orang, tiba2 terdiam..dan bertanyakan IT jika ada membuka video di dalam Office IT.IT terdiam ketika Alam bertanyakan hal ini.Dan terus mengajak Alam dan rakan untuk menghantar External disc tu ke Office IT.

Setibanya kami disana, suasana bilik itu sepi dan IT menunggu di salah sebuah komputer .Kawasan office IT tidaklah terlalu luas tetiba dek kerana IT berada seorang diri keadaan nya sepi dan sunyi sekali.

Setelah bercerita kepada IT apa yang kami alami..IT pun mengajak kami keluar dari kawasan tersebut dan pulang ke rumah.

Haishh...ahad mai Overtime jadi kisah hantu pulak..time siang lagi pulak tu.

Sape pernah jumpak hantu siang2? HAhahhah..


2 comments:

  1. Baca part suara mengilai tu, teringat pulak filem Kami Histeria yang Fazura jadi pontianak mengilai dalam lagu. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu..tengok fazura jadi hantu ..tapi usha kebaya dia ..cantik huhu

      Delete