Wednesday, November 1, 2017

# Kesihatan

Beetroot boleh bertukar menjadi bahaya , Jika...

Beetroor - google image


Beetroot adalah sayuran yang super berkhasiat.Ia meningkatkan tenaga menurunkan kolesterol, meningkatkan tahap hemoglobin,detoksifikasi darah dan memperbaiki kulit.

Break1st harini rakan sekerja berbangsa cina bagi Alam rasa jus Beetroot .
1st time cik Alam dengar nama sayuran ni yang di amalkan oleh rakan Alam .
Try la jari jemari google kebaikan nya ...tapi keburukannya tetap ada juga,..sementara jus tu nak sebati dalam sistem pencernaan kita .

Bagi yang tak pernah rasa jus sayur tu , bau dia lebih kurang sama dengan ubi..ye la kategori ubi jugak..Tetapi rasanya pahit seperti Peria.

Apakah kesan jika terlebih makan ?

Beeturia

Pengambilan beetroot yang boleh menyebabkan keadaan ini.
Ianya kesan yang terlihat pada air kencing bertukar menjadi berwarna merah.
Ianya mungkin akan mengakibatkan pemakan panik dan bimbang.
Tetapi jangan risau kerana warna air kencing akan kembali kepada
normal jika berhenti memakannya.

Masalah Peti Suara

Jus beetroot boleh mengetatkan tekak dan menyebabkan kesukaran ketika bercakap.
Ianya boleh diatasi dengan mencampurkan beetroot jus dengan jus sayuran atau jus buah yang lain
Seperti Epal hijau dan Oren.

Muntah dan Cirit Birit

Beetroot mengandungi serat makanan dan meningkatkan penghadaman.
Ia juga menghalang sembelit.
Walau bagaimanapun, berhati-hati kerana ia boleh menyebabkan cirit-birit.
Perubahan pergerakan usus boleh menyebabkan cirit-birit dan muntah.

No comments:

Post a Comment

Pages